KENANGAN MANIS “CANDY CHRISTMAS” DI DA MEN MALL

01 Mar 2020

Ground Floor

KENANGAN MANIS “CANDY CHRISTMAS”

DI DA MEN MALL

 

 

SUBANG JAYA, 28 NOVEMBER 2019 – Nikmatilah sambutan Krismas dengan bertema 'Candy Christmas' di Da Men Mall. Dari 22 November hingga 29 Disember 2019. Anda semua dijemput serta merasai pengalaman yang bertemakan 'Candy Christmas' pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan, bengkel yang menyeronokkan, pertandingan berbakat yang menarik, serta  membeli-belah sempena  Krismas dan menikmati ganjaran Krismas yang menarik.

Pada pelancaran 'Candy Christmas' hari ini, barisan  tetamu kenamaan telah hadir untuk merasmikan acara tersebut dengan berpakaian mengikut warna tema Krismas yang sangat menarik. Turut serta  YB Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya; Dato'Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion REIT Malls; Dato'Philip Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT; Encik Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim, Ahli Majlis Kawasan Zon 4; Encik Dylan Ang Beng Leong, Pengasas Pocotee & Friends; Dr. Jane Lim See Yin, Ketua Eksekutif, Kolej Antarabangsa INTI Subang Jaya; dan Cik Ang Tong Yin, Dekan Pusat Seni & Rekaan INTI.

                          

Dengan bantuan lebih daripada 150 orang pelajar Pusat Seni & Rekaan (ICAD) INTI, pokok-pokok Krismas di Atrium, Aras Bawah telah dihiasi dengan lebih daripada 800 hiasan kreatif yang dihasilkan oleh Pelajar. Di bahagian lain dalam pusat membeli-belah, para pengunjung disambut dengan hiasan cantik berinspirasikan gula-gula yang menampilkan watak-watak comel daripada kolaborasi raya Da Men Mall dengan Pocotee & Friends, sebuah perkongsian eksklusif yang pasti menarik telah menjadi tumpuan ahli-ahli cilik daripada komuniti Da Men Mall. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman salji Krismas yang turun pada setiap hujung minggu pada jam 7.30pm malam dan 8.30pm malam.

                           

"Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah menyumbang kembali kepada komuniti merupakan nilai-nilai teras Da Men Mall. Pada musim saling memberi ini, kami sangat berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan dengan masyarakat sekitar. Pada minggu yang lalu pihak kami menagadakan  'Candy Christmas Cookie Drop' di beberapa Rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua. Kakitangan kami mengenakan pakaian perayaan krismas untuk menyampaikan biskut dan manisan untuk perkongsian bersama, " ujar Dato 'Joyce Yap.

Biskut dan manisan tersebut dibuat ketika acara tahunan Smart Junior Chef Culinary Competition pada 17 November yang telah dihoskan oleh Da Men Mall. Pada majlis tersebut, Da Men Mall juga mencipta rekod ‘Malaysia Book of Records’ untuk kali kedua tahun ini, sebuah kolaborasi dengan Smart Junior Chef, Fonterra Brands dan Rasaku, untuk "Most Number of Cookies used in a Domino Effet”. Pada awal tahun ini, Da Men Mall telah mencatat rekod MBR yang pertama untuk "Most Number of Beauty Queens wearing Kebaya in a Fashion Parade".

Musim ini juga Pocotee & Friends turut meraikan ulang tahun ke-10, perbagai aktiviti yang disediakan di mana ahli Da Men Junior serta pengunjung berpeluang untuk turut serta bengkel yang menyeronokkan serta pertandingan pakaian berinspirasikan krismas dan juga larian sihat yang di namakan ‘’Candy Race’’. 

Mulai hari ini hingga 29 Disember, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran hadiah Krismas yang menarik dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM80 (RM60 untuk Pemegang Kad Public Bank) dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah Da Men Mall, untuk menebus cerdaramata eklusif  Krismas dari  Pocotee & Friends, bantal leher, serta pelabagai baucar dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

MASA BERSAMA KELUARGA

Pada musim perayaan ini, kunjungi Global Art School, yang berada di Aras 4 dan Yamaha Music School, di Aras 3, yang baru dibuka, dengan flatfom ini dapat lagi menarik minat dan meningkatkan disiplin pembelajaran cilik – cilik serta ekspresi kreatif dan kebolehan artistik, mengoptimumkan pengalaman pembelajaran yang berpotensi. Disamping itu juga, KFC telah membuka cawangannya yang ke-734 di Malaysia, dan Pizza Hut juga bertambah cawangan yang ke-405. Kedua-dua restoran ini berada diaras bawah  berdekatan dengan pintu utama, Da Men Mall.

MENGENAI DA MEN MALL

Da Men Mall diwujudkan sebagai sebuah pusat membeli-belah mesra komuniti yang terletak di Subang Jaya USJ, pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama komuniti, pelajar kolej acara amal, dan aktiviti mesra keluarga dan sambutan perayaan sepanjang tahun. Dengan lebih daripada 150 buah kedai, Da Men Mall merupakan destinasi mesra komuniti untuk pengalaman membeli-belah dan pelbabagi jenis makanan, yang menampilkan pelbagai hidangan masakan di Food Arcade dan hiburan di Music Box Karaoke bertemakan galaksi.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan media, sila hubungi Priority Communications PR di +603 7954 5336: Amelyn Ang, Pengarah Akaun (amelyn@priority.net.my), Lizzie Chan, Eksekutif Kanan Akaun (lizzie@priority.net.my) atau Kevin Loh, Akaun Eksekutif (kevin@priority.net.my).